Buku tulisan Ulama Islam Abdullah Nasih Ulwan. Khas ditulis untuk mereka yang ‘memutuskan niat dan azam bahawa mereka akan menjadi orang-orang yang bertaqwa dan juga orang-orang yang berbuat kebajikan serta menjadi para du’at yang terpilih’.
Jiwa-jiwa yang meyakini janji Allah SWT dan memutuskan untuk mewaqafkan diri, harta, masa dan segala apa yang mereka miliki untuk mewarisi kerja Rasulullah SAW dan para rasul sebelum baginda; para du’at inilah orang-orang yang paling layak dan paling perlu untuk memiliki akhlaq yang terbaik.
Untuk membentuk diri dengan akhlaq Rasulullah dan para sahabat baginda, memerlukan sebuah institusi pendidikan(tarbiyyah) yang mana para du’at perlu memasukinya, mengikuti kelas-kelasnya dan aktiviti-aktiviti serta ujian periksanya. Rasulullah sendiri telah dididik oleh Allah SWT:
Sabda Rasulullah SAW:
“Tuhanku telah mendidik aku beradab dengan semulia-mulia adabku”
[Diriwayatka oleh al-Ashari dan Ibn as-Sam’ani]
Kemudiannya baginda pula telah mendidik para sahabat awal di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam. Begitulah seterusnya sahabat telah mendidik para tabi’in, mereka pula mendidik para tabi’ tabi’in. Maka para penda’wah di zaman ini dan di setiap zaman juga memerlukan didikan di institusi yang robbani dan tersusun rapi.
Buku kecil dan mudah ini adalah sebahagian daripada sistem pendidikan ini yang membentuk para du’at. Dengan membawa contoh akhlaq Rasulullah dan para sahabat baginda, serta menggunakan bahasa yang lembut dan mendidik, penulis menerapkan akhlaq-akhlaq yang mesti ada pada seorang du’at dan pada masa yang sama membuang sifat-sifat buruk yang tidak layak bagi mereka yang menyeru kepada Islam. Akhlaq yang selayaknya ada pada seorang du’at adalah:
1. Siddiq(benar)
2. Amanah
3. Hilm(lemah-lembut)
4. Tawadhu’(rendah diri)
5. Al-Karm(kemuliaan)
6. Belas kasihan
7. Sabar
Semoga para du’at ilallah dapat membentuk diri mereka mempunyai sifat-sifat ini, terutamanya bagi diri ana sendiri.
Semoga Allah memelihara antum daripada godaan syaitan dan nafsu, daripada tarikan dunia yang mengasyikkan...
Semoga Allah menguatkan keyakinan antum dan member kejayaan kepada antum samada tercapainya perancangan kemenangan Islam atau tercapainya cita-cita menemui syahid.
No comments:
Post a Comment